Wednesday, 23 December 2020

Hukum Allah menurut Faraid

Kalau isteri memang ada sumbangan 50%, atau 30% atau 25% malah lebih daripada suami, 70% misalnya, bukan sekadar "nama bersama", bila kematian suami berlaku, peratusan yang isteri sumbang itu, milik si isteri. Bakinya dibahagi menurut Faraid dan ada bahagian isteri, 1/4 jika suami tiada anak atau 1/8 jika ada anak.

Rumah dijual atau tidak, pemilikan itu menurut kadar peratusan hak masing masing ahli waris.

Semoga bermanfaat.



Thursday, 3 December 2020

Kaum lelaki lebih prihatin ke atas anak-anak perempuan dari kaum wanita

Karya agung Ibnul Qayyim di dalam makna “al Ghairah (keprihatinan)”:

Ibnul Qayyim telah sampaikan dari beberapa ahli ilmuwan kata-kata mereka:

Kaum lelaki lebih prihatin ke atas anak-anak perempuan dari kaum wanita, dan tidak setanding keprihatinan seorang lelaki ke atas anak perempuannya dan keprihatinan ibu sampai bila-bila, dan berapakah dari kalangan ibu yang membantu anak perempuannya dalam apa yang diinginkannya dan membawa kelemahan akalnya dan cepatnya terkhayal dan kelemahan cemburu dalam tabiatnya yang berbeza dari seorang ayah, dan dari makna ini dan lainnya, syarak telah menetapkan bahawa yang menikahkan anak perempuan adalah ayahnya tanpa ibunya dan tidak dijadikan kepada ibunya kuasa atas pasangannya (suami (bapa)/anak perempuan?) sama sekali, dan tidak pula atas hartanya.

Zaadul Ma'aad: Juz 5 hlm 474