Hubungan Keluarga Dan Nasab Tidak Dapat Menolong Pada Hari Kiamat
Nabi ﷺ bersabda:
يلقى إبراهيمُ أباه آزرَ يومَ القيامةِ ، وعلى وجه آزرَ قتَرةٌ وغبَرةٌ ، فيقول له إبراهيمُ : ألم أقُلْ لك لا تعصِني ، فيقول أبوه : فاليومَ لا أَعصيك ، فيقول إبراهيمُ : يا ربِّ إنك وعدتَني أن لا تُخزيَني يومَ يُبعثون ، فأيُّ خزيٍ أخزى من أبي الأبعدُ ؟ فيقول اللهُ تعالى : إني حرَّمتُ الجنةَ على الكافرين ، ثم يقال : يا إبراهيمُ ، ما تحت رجلَيك ؟ فينظر ، فإذا هو بذِيخٍ مُتلطِّخٍ ، فيؤخذُ بقوائمِه فيُلقَى في النَّارِ
"Nabi Ibrahim -alaihissalam- akan bertemu dengan ayahnya, Aazar, pada Hari Kiamat. Di wajah Aazar terdapat noda-noda hitam dan debu-debu. Ibrahim berkata kepada ayahnya: 'Bukanlah telah aku katakan untuk tidak mengingkari aku (ajaranku iaitu tauhid)?'. Lalu ayahnya mengatakan: 'Aku tidak akan mengingkarimu hari ini'. Lalu Ibrahim berdoa kepada Allah: 'wahai Rabb-Ku, bukankah Engkau telah menjanjikan bahawasanya Engkau tidak akan menjadikan aku dihinakan pada Hari Kebangkitan? Maka apakah kehinaan yang lebih rendah dibandingkan ayahku dimasukkan jauh ke dalam Neraka?'. Allah Ta'ala berfirman: 'Aku telah mengharamkan syurga bagi orang-orang kafir'. Lalu dikatakan kepada Ibrahim: 'Wahai Ibrahim, perhatikanlah apa yang ada di bawah kakimu!'. Lalu Ibrahim melihat, ternyata ada seekor hyena (dubuk) yang kotor berlumpur, lalu diseret dengan ikatannya pada kakinya, lalu dilemparkan ke neraka" (HR. Bukhari no. 3350).