Showing posts with label fiqh. Show all posts
Showing posts with label fiqh. Show all posts

Tuesday, 23 February 2021

Persoalan Talfieq dan Bezanya dengan Taqlied dan Ittiba‘

Ketetapan Konvensyen ‘Ulama Fiqh

Berikut ini adalah terjemahan Ketetapan Majma‘ al-Fiqh al-Islami  berkenaan tajuk: “Pengambilan keringanan dan hukumnya” 

Segala pujian bagi Allah Pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad nabi utusan terakhir dan ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda. 

Wednesday, 23 December 2020

Hukum Allah menurut Faraid

Kalau isteri memang ada sumbangan 50%, atau 30% atau 25% malah lebih daripada suami, 70% misalnya, bukan sekadar "nama bersama", bila kematian suami berlaku, peratusan yang isteri sumbang itu, milik si isteri. Bakinya dibahagi menurut Faraid dan ada bahagian isteri, 1/4 jika suami tiada anak atau 1/8 jika ada anak.

Rumah dijual atau tidak, pemilikan itu menurut kadar peratusan hak masing masing ahli waris.

Semoga bermanfaat.



Tuesday, 7 July 2020

Menjual Sesuatu Barang Yang Belum Dimiliki Ada Beza Dengan Tempahan

(Jawapan Ustaz saya bagi persoalan ini yang diajukan. Dikongsikan untuk manfaat bersama)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Ustaz

Ustaz, berkenaan muamalah, ana maklum akan keharaman menjual barang yang belum dimiliki.

Ana nak tanya sama ada method yg akan ana gunakan terkena kepada keharaman tersebut

Method:

Monday, 15 June 2020

Hukum Jual Beli Dengan Perbezaan Bayaran Secara Tunai (Cash) dan Ansuran (Instalments)


Pada zaman pasca Perang Dunia Kedua, sebagaimana sekarang ini wabak melanda merata dunia, jual beli secara bayaran ansuran menjadi lumrah kehidupan manusia sejagat.

Peralatan Elektrik, Perkakas Rumah, Perabot, malah Rumah Kediaman, Kereta dan lain-lain dijualbeli secara bayaran beransuran menjadi berleluasa.

Pada cara jual beli demikian, ada kemudahan dan keringanan kepada kebanyakan manusia sebab hanya segelintir golongan pembeli yang mampu untuk membeli segala keperluan hidupnya, khususnya, Rumah Tempat Tinggal, dengan membayarnya secara tunai.

Tetapi apakah hukumnya jual beli secara beransuran. Berikut perkara-perkara yang semestinya kita ambil perhatian demi menjamin, dengan Izin Allah dan RahmatNya, kita dapat dengan mudah menjawab pada Hari Kiamat kelak, 1 daripada 5 soalan terutama, iaitu HARTA, daripada mana kita mendapatkannya dan kepada apa kita pergunakannya dan salurkannya.

Thursday, 27 September 2018

Haramnya merokok


Bagi orang-orang yang mempelajari kaidah-kaidah atau prinsip-prinsip syariat dari Al Quran dan sunnah, tidak diragukan lagi, mereka pasti mengetahui keharaman rokok. Karena rokok memiliki bahaya yang besar dan dosa yang wajib dijauhi. Bagi para perokok, hendaknya mereka takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Allah Ta’ala berfirman, “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan“. (QS. Al Baqarah: 195).

Allah Ta’ala juga berfirman, “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu“. (QS. An Nisaa: 29).

Saturday, 22 September 2018

Menutup Aib Seorang Muslim


Nabi ﷺ bersabda:
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمٍ سَتَرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
“Barang siapa yang menutup seorang Muslim, maka Allah ﷻ akan menutupnya di dunia dan di Akhirat.”

Dalam riwayat yang lain:
وَمَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ
“Barang siapa menutup dari seorang Muslim.”

Dan dalam hadis ini tidak disebutkan apa yang harus ditutup, Rasulullah ﷺ hanya memberikan secara umum. Dan sebagaimana dalam kaidah:
"Sesuatu Yang Tidak Disebutkan Berarti Memberikan Faidah Keumuman"