Saturday 23 March 2024

Amalan-amalan ketika Umrah Ramadhan (Persoalan Terawih berapa Rakaat)


Daripada blog "Uhjz3m" (UmrahHajiZiarah3MasjidUtama)
بسم الله و الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله
و بعد
Alhamdulillah.
Selayaknya, seseorang hamba yang telah dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya pada bulan Ramadhan, bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tertinggi sebab ia merupakan kurniaan Allah yang amat besar dan hebat kepada dirinya. Betapa tidak, dengan melakukan Umrah pada bulan Ramadhan, tidak kira pada awal, pertengahan atau akhirnya, seseorang itu mendapatkan ganjaran dan kelebihan seumpama menunaikan Haji bersama, beriringan, dan satu rombongan dengan Rasulullah sollalLaahu 'alaihi wa sallam.

Saturday 22 July 2023

Hukum Puasa Aasyuuraa' Jika Bersamaan dengan Hari Sabtu

Ada yang bertanya kepada Ustaz saya yang sudah "pencen".

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ana nak tanya, kalau ana puasa 8 Muharram (puasa Khamis seperti biasa), puasa 9 Muharram (hari Jumaah) & puasa 10 Muharram (hari Sabtu), ada apa2 masalah Syarii?
Jawab Ustaz (al-maklum sudah pencen, jawapan pun ala kadar):
وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته
Puasa Khamis digalakkan dan antara puasa
terbaik
ialah Puasa dalam bulan Muharram dan 8 Muharram baik. Puasa Jumaat ada larangan jika tersendiri. Tapi jika puasa bergandingan dengan Khamis maka tidak terlarang, apatah lagi puasa 9hb Muharram, puasa Taasuu'aa.

Wednesday 19 July 2023

Perayaan Tahun Baru Islam dalam Tinjauan Syariat

Dari Anas bin Malik rodhiyallahu 'anhu berkata,

قدم النبي ﷺ ولأهلِ المدينة يومان يلعبون فيهما في الجاهلية فقال : قدمتُ عليكم ولكمْ يومانِ تلعبون فيهما في الجاهليةِ وقد أبدلكُم اللهُ بهما خيرا منهما : يوم النحرِ ويوم الفطرِ
“Tatkala Nabi ﷺ mendatangi Madinah penduduk Madinah punya dua hari raya yang mereka bersuka cita di dalamnya sejak masa jahiliah. Maka beliau ﷺ berkata, “Aku datang kepada kalian dan kalian memiliki dua hari raya yang kalian isi dengan bersuka cita sungguh Allah telah menggantikan keduanya dengan perayaan yang lebih baik yaitu hari raya Iedul Adh-ha dan Iedul Fithri.”
(HR. Abu Dawud 1134, An-Nasa'i 1556, Ahmad 12006 dengan sanad yang shohih)

Wednesday 28 September 2022

Asal-Usul Solat Jenazah Ghaib

 الحمد لله و الصلاة و السلام على نبينا محمد و على آله و صحبه و من تبعهم.

Orang yang meninggal dunia di sebuah negeri, yang jelasnya, tidak ada orang yang solatkan jenazahnya (secara) solat hadir, maka jenazah yang demikian keadaannya, dilakukan solat jenazah untuknya oleh segolongan muslimin (secara) solat ghaib, kerana Nabi ﷺ melakukan solat jenazah demikian untuk an-Najāsyi:
Ia telah diriwayatkan oleh sebilangan Sahabat, sebahagian mereka menceritakan kisah yang lebih panjang berbanding sebahagian yang lain. Saya telah kumpulkan hadis-hadis mereka mengenai kisah ini, kemudian saya sebutkannya menjadi seperti satu hadis demi mendapatkan kelebihan faedah daripadanya.

Wednesday 6 July 2022

Puasa Bila

Semakin hampir Hari Arafah, semakin ramai teman-teman yang tanya "Ustaz Bersara", bila sebaiknya kita PUASA ARAFAH?

Bila teman-teman saling berkongsi melalui WA, dapatlah dikongsikan di sini penjelasan beliau.
Satu sikap "Ustaz Bersara" kita ni yang teman-teman perlu faham, beliau tidak suka kita tegakkan satu pendapat dan yang lain macam salah menyeleweng, bila ulama hebat-hebat zaman terdahulu berselisih, malah hingga hari ini pun masih ada perselisihan agar dielakkan sikap ta'asub fanatik dan melawan dan memperlekeh ulama, iaitu pada perkara yang dalil-dalilnya sama kuat, cuma pemahaman ulama berbeza-beza.
Bukan pendapat yang tiada sandaran, atau satu jelas lebih kuat berbanding yang satu lagi, apatah lagi ajaran yang berpandukan mimpi, ilham atau tanya Rasulullāh ﷺ secara yaqazoh atau dalam mimpi. Itu jadinya, ada permasalahan yang perlu dikaji, bukannya khazanah ilmiyah kitab-kitab ulama ditelaah, malah cukup dengan tidur sahaja, supaya mimpi dapat jumpa Nabi. "Patutlah guru kita ni banyak tidur, lagi banyak tidur lagi banyak ilmu dan lagi banyak kali peluang tanya Nabi".

Thursday 30 June 2022

Larangan Puasa Pada Hari Sabtu Kecuali Puasa Wajib

 Kata Fadheelat asy-Syaikh Masyhuur bin Hasan – semoga Allaah pelihara beliau dalam PemeliharaanNya:

Soalan ini seringkali ditanyakan, sehingga saya terpaksa menjelaskannya dengan panjang lebar,
Insyaa Allaah, semoga ia bermanfaat untuk semua dalam melaksanakan Puasa bulan Syawwaal.
Seseorang bertanya: Apakah hukum hadis: “لا تصوموا السَّبت إلا فيما افترض عليكم – Jangan kalian puasa pada hari Sabtu kecuali puasa yang diwajibkan ke atas kalian”?
saya mohon diberikan penjelasan yang terperinci.

Monday 21 February 2022

Bila kita di Persimpangan Jalan Menuju Redha Allah dan Syurga dan ada Jalan lain...Jalan mana yang kita ambil dan ikuti?

1. Firman Allah:

Ertinya: “Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah jalan ini dan jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain, kelak kamu akan berpecah dari jalanNya (yang satu itu)”¹
Tafsiran ayat ini, yang menunjukkan bahawa perpecahan adalah sesuatu yang dikeji dan buruk, jalan lain selain Jalan Allah yang satu, hanya satu, kita dapatkan dari hadis Nabi ﷺ berikut ini.
2. Ibn Mas‘ud telah meriwayatkan: “Sesungguhnya Nabi ﷺ telah membuat satu garisan lalu bersabda: <Inilah jalan Allah>, kemudian baginda membuat garisan yang banyak di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya (garisan yang satu tadi: jalan Allah) lalu bersabda: <Adapun ini (garisan yang banyak) adalah jalan-jalan (selain jalan Allah), pada setiap jalan ini, ada Syaithon yang mengajak kepadanya> dan Nabi ﷺ pun membacakan ayat: <Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah jalan ini > yakni garisan yang satu <dan jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain, kelak kamu akan berpecah dari jalanNya (yang satu itu)>²

Pendidikan dan Penerapan Qadha' & Qadar pada diri anak kecil

Allah menyatakan - dan setiap ayat malah huruf al-Quran bermanfaat dan punya kesan bagi orang yang beriman khususnya - di sebalik kisah Nabi Yusuf 'alayhissalaam ada pengajaran yang amat mendalam dan kisah ini di antara kisah paling menarik dalam al-Quran.

Di samping, "baju Nabi Yusuf" yang jadi "bahan bukti" palsu, "baju Nabi Yusuf" juga jadi bukti pekerti Nabi Yusuf dan jenayah wanita tersebut dan "baju Nabi Yusuf" juga jadi alat berlakunya mukjizat penglihatan Bapanya, Nabi Ya'qub pulih, yang disebutkan berikut ini pula menjadi pengajaran bagi setiap Ibu Bapa yang berusaha mendidik anak-anak dengan Iman kepada Allah dan Qadha' dan Qadar yang meresap dan kukuh di sanubari.

Monday 31 January 2022

Ayat-ayat, firman-firman Allaah buat renungan kita bersama

قُل يا أَيُّهَا النّاسُ إِن كُنتُم في شَكٍّ مِن ديني فَلا أَعبُدُ الَّذينَ تَعبُدونَ مِن دونِ اللَّهِ وَلٰكِن أَعبُدُ اللَّهَ الَّذي يَتَوَفّاكُم ۖ وَأُمِرتُ أَن أَكونَ مِنَ المُؤمِنينَ

وَأَن أَقِم وَجهَكَ لِلدّينِ حَنيفًا وَلا تَكونَنَّ مِنَ المُشرِكينَ

وَلا تَدعُ مِن دونِ اللَّهِ ما لا يَنفَعُكَ وَلا يَضُرُّكَ ۖ فَإِن فَعَلتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظّالِمينَ

[Surah Yûnus: 104-106]

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): 

"Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran ugamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman."

"Serta (diwajibkan kepadaku): 'Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik' ".

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)."

Pencinta Rasūlullāh ﷺ sebenar-benarnya, akan mengikuti dengan setegas-tegasnya panduan ayat ini, berupa Pesanan Allaah ﷻ buat RasulNya ﷺ. 

Adapun yang mendabik dada dengan pengakuan palsu kononnya "Cinta Rasul" akan mencanggahi panduan yang terkandung dalam Ayat-ayat ini.

Amatilah. 

Semoga kita hidup dan mati atas Tauhid yang bersih ikhlas, dengan Rahmat dan PertolonganNya Ameen.

Wednesday 8 December 2021

Golongan yang banyak berzikir mengingati Allah

Kata al-Hafiz Ibn Solaah:

"Sesiapa yang memelihara amalan (sentiasa mengamalkan) Zikir Pagi (lepas Solat Subuh-Syuruuq) dan Petang (lepas Asar) dan Zikir seusai Solat Fardhu dan Zikir sebelum Tidur, dikira dalam golongan "adz-Dzākirīn Lillăh katseera" yakni Yang sentiasa dan banyak mengingati Allah.

[Kitab al-Adzkār hlm 10 karya Imam Nawawi rahimahullāh (wafat 676H]