Showing posts with label tawheed. Show all posts
Showing posts with label tawheed. Show all posts

Wednesday, 26 May 2021

 ﷽

Syaikhul Islām Ibnu Taimiyah rahimahullāh telah menjelaskan:
<FirmanNya:
﴿لكم دينكم ولي دين﴾
"Bagi mu agama mu dan bagi ku agama ku"
Tidak mengandungi maksud bahawa baginda Rasul ﷺ redha dengan agama mereka (musyrikeen/kuffār) dan tidak pula pengiktirafan atau setuju dengan pegangan mereka, malah ia menjadi dalil kepada berlepas diri dan tiada kaitannya baginda ﷺ dengan agama mereka dan lantaran itu Nabi ﷺ telah bersabda: "Sesungguhnya Surah ini (al-Kāfirūn) ialah pembebasan (berlepas diri) daripada syirik" dan yang semakna dengan ayat ini ialah Firman Allah:
﴿وإن كذبوك فقل لي عملي ولكم عملكم أنتم بريئون مما أعمل وأنا بريء مما تعملون﴾.».
"Dan jika mereka mendustakan mu (tidak beriman) maka katakanlah (kepada mereka) bagi ku amalan (agama) ku dan bagi mu amalan (agama) mu, kamu tiada kena mengena dengan apa yang aku amalkan dan aku juga berlepas diri daripada apa yang kamu kerjakan">
al-Jawāb aş-Şahīh: 2/99
قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله:
«وقوله : ﴿لكم دينكم ولي دين﴾ لا يدل على رضاه بدينهم، بل ولا على إقرارهم عليه، بل يدل على براءته من دينهم، ولهذا قال النبي ﷺ: "إن هذه السورة براءة من الشرك".
ونظير هذه الآية قوله تعالى: ﴿وإن كذبوك فقل لي عملي ولكم عملكم أنتم بريئون مما أعمل وأنا بريء مما تعملون﴾.».
الجواب الصحيح ٩٩/٢.

Wednesday, 28 October 2020

Menjauhi Ahli Bid'ah (Terutamanya Dalam Hal Aqidah) & Berwaspada Daripada Mereka

Suatu perkongsian untuk menyedarkan diri kita para penuntut ilmu dan terutamanya para pendakwah ke arah penghayatan Sunnah, agar kita sentiasa jadikan panduan 'ulama besar khususnya Salafussolih sebagai pedoman dan panduan. Waspada kita daripada terjerumus ke dalam sikap keAKUan keKITAan, lupa diri dan kedudukan kita sebenarnya di mana berbanding 'ulama dengan rasa "aku mampu, aku sudah biasa, aku tahu apa aku buat, aku berpengalaman, aku ahlinya, aku cukup ilmu, akulah orangnya...aku...aku."

Thursday, 13 August 2020

Tauhid & Birrul Walidain

Islam agama yang paling sempurna. Tidak hanya mengatur hubungan antara hamba dengan Robbnya tetapi juga mengatur hubungan antara anak dengan orangtuanya.

Hal ini telah diingatkan oleh Allah di dalam firman-Nya:

"Dan Tuhanmu telah mewasiatkan agar kamu jangan menghambakan diri kepada selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orangtuamu. Apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu maka jangan sekali-kali engkau ucapkan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."

Wednesday, 3 October 2018

Musibah Datang Dikarenakan Kesyirikan dan Maksiat yang Diperbuat



(Perlu diketahui), semua musibah yang terjadi di alam ini, berupa gempa dan musibah lainnya yang menimbulkan bahaya bagi para hamba serta menimbulkan berbagai macam penderitaan, itu semua disebabkan oleh perbuatan syirik dan maksiat yang diperbuat.

Perhatikanlah firman Allah Ta’ala,
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

"Wahai Manusia, bencana apa saja yang menimpa diri kalian, maka bencana itu adalah hasil kerja tangan-tangan kalian. Namun demikian amat banyak kesalahan-kesalahan kalian yang dimaafkan oleh Allah." (QS. Asy-Syuura: 30)