Sunday, 29 December 2019

Hubungan Keluarga Dan Nasab Tidak Dapat Menolong Pada Hari Kiamat

Nabi ﷺ bersabda:

يلقى إبراهيمُ أباه آزرَ يومَ القيامةِ ، وعلى وجه آزرَ قتَرةٌ وغبَرةٌ ، فيقول له إبراهيمُ : ألم أقُلْ لك لا تعصِني ، فيقول أبوه : فاليومَ لا أَعصيك ، فيقول إبراهيمُ : يا ربِّ إنك وعدتَني أن لا تُخزيَني يومَ يُبعثون ، فأيُّ خزيٍ أخزى من أبي الأبعدُ ؟ فيقول اللهُ تعالى : إني حرَّمتُ الجنةَ على الكافرين ، ثم يقال : يا إبراهيمُ ، ما تحت رجلَيك ؟ فينظر ، فإذا هو بذِيخٍ مُتلطِّخٍ ، فيؤخذُ بقوائمِه فيُلقَى في النَّارِ

"Nabi Ibrahim -alaihissalam- akan bertemu dengan ayahnya, Aazar, pada Hari Kiamat. Di wajah Aazar terdapat noda-noda hitam dan debu-debu. Ibrahim berkata kepada ayahnya: 'Bukanlah telah aku katakan untuk tidak mengingkari aku (ajaranku iaitu tauhid)?'. Lalu ayahnya mengatakan: 'Aku tidak akan mengingkarimu hari ini'. Lalu Ibrahim berdoa kepada Allah: 'wahai Rabb-Ku, bukankah Engkau telah menjanjikan bahawasanya Engkau tidak akan menjadikan aku dihinakan pada Hari Kebangkitan? Maka apakah kehinaan yang lebih rendah dibandingkan  ayahku dimasukkan jauh ke dalam Neraka?'. Allah Ta'ala berfirman: 'Aku telah mengharamkan syurga bagi orang-orang kafir'. Lalu dikatakan kepada Ibrahim: 'Wahai Ibrahim, perhatikanlah apa yang ada di bawah kakimu!'. Lalu Ibrahim melihat, ternyata ada seekor hyena (dubuk) yang kotor berlumpur, lalu diseret dengan ikatannya pada kakinya, lalu dilemparkan ke neraka" (HR. Bukhari no. 3350).


Maka Nabi Ibrahim tidak dapat memberi syafaat untuk ayahnya supaya Allah keluarkannya dari Neraka, malah Allah lindungi Nabi Ibrahim dari kehinaan dengan menukarkan rupa bentuk ayahnya menjadi seekor haiwan yang hina dan sekali gus membatalkan hujjah Nabi Ibrahim untuk membela nasib ayahnya.

Meski kedudukan Nabi Ibrahim Abul Anbiyaa' Khaleelullah, namun tetap tidak dapat memberi syafaat tanpa izin Allah, begitu juga Nabi kita Muhammad ﷺ tidak mampu memberi syafaat untuk sesiapa, tidak untuk paman tercintanya Abu Talib mahupun selainnya.

Justeru syafaat itu diminta kepada Allah kerana ia milik Allah sebagaimana rezeki dan keampunan hanya diminta kepada Allah. Semoga umat Muhammad ﷺ menjauhi perbuatan meminta kepada Nabi ﷺ  seperti ungkapan " Isyfa' lanaa ya Rasuulallaah - Berilah syafaat kepada kami wahai Rasulullah", menjatuhkan mereka kepada perbuatan syirik yang dengannya tidak dapat dibantu kelak pada Hari Kiamat oleh Rasulullah ﷺ.
Ayatul Kursi:
...من ذا الذي يشفع عنده إلا بإذنه...
...Siapakah yang mampu beri syafaat di sisiNya kecuali dengan IzinNya...

Kalau paman yang banyak berjasa kepada Nabi yang dicintai baginda ﷺ tidak dapat keluar dari Neraka, bagaimana pula kita yang lakukan perbuatan syirik, melanggar tegahan Nabi agar berdoa hanya kepada Allah lagi tidak pernah berjasa kepada Nabi ﷺ, tidak mungkin dicintai Nabi? Sama-sama kita usaha dapatkan Syafaat Nabi melalui cara-cara dan amalan-amalan yang diajarkan sendiri oleh Nabi ﷺ.

Seandainya baik ungkapan meminta syafaat kepada diri baginda ﷺ tersebut,  sudah tentu ada riwayat daripada para Sahabat yang mengajarkan demikian.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.