Thursday, 13 August 2020

Akhlaq kepada Allah

Syaikh Al-'Allamah Al-Utsaimin, "Mayoritas orang beranggapan akhlaq yang baik hanya terkait muamalah dengan manusia semata tanpa memasukkan muamalah dengan Robbnya.

Ini pemahaman yang kurang. Karena akhlaq yang baik itu berlaku dalam muamalah dengan manusia dan juga berlaku dalam muamalah dengan Allah yang Maha Pencipta.

Adapun akhlaq yang baik dalam bermuamalah dengan Allah mencakup tiga perkara:

تلقي أخبار الله بالتصديق وتلقي أحكامه بالتنفيذ والتطبيق وتلقي أقداره بالصبر والرضا

"Menerima berita-berita dari Allah dengan tashdiq (membenarkannya), menerima hukum-hukum Allah dengan mengamalkannya, menerima ketentuan taqdir Allah dengan sabar dan ridho." (Makarimul Akhlaq hal. 16)

(Dinukilkan)

Tauhid & Birrul Walidain

Islam agama yang paling sempurna. Tidak hanya mengatur hubungan antara hamba dengan Robbnya tetapi juga mengatur hubungan antara anak dengan orangtuanya.

Hal ini telah diingatkan oleh Allah di dalam firman-Nya:

"Dan Tuhanmu telah mewasiatkan agar kamu jangan menghambakan diri kepada selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orangtuamu. Apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu maka jangan sekali-kali engkau ucapkan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."

Tuesday, 7 July 2020

Menjual Sesuatu Barang Yang Belum Dimiliki Ada Beza Dengan Tempahan

(Jawapan Ustaz saya bagi persoalan ini yang diajukan. Dikongsikan untuk manfaat bersama)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Ustaz

Ustaz, berkenaan muamalah, ana maklum akan keharaman menjual barang yang belum dimiliki.

Ana nak tanya sama ada method yg akan ana gunakan terkena kepada keharaman tersebut

Method:

Monday, 15 June 2020

Hukum Jual Beli Dengan Perbezaan Bayaran Secara Tunai (Cash) dan Ansuran (Instalments)


Pada zaman pasca Perang Dunia Kedua, sebagaimana sekarang ini wabak melanda merata dunia, jual beli secara bayaran ansuran menjadi lumrah kehidupan manusia sejagat.

Peralatan Elektrik, Perkakas Rumah, Perabot, malah Rumah Kediaman, Kereta dan lain-lain dijualbeli secara bayaran beransuran menjadi berleluasa.

Pada cara jual beli demikian, ada kemudahan dan keringanan kepada kebanyakan manusia sebab hanya segelintir golongan pembeli yang mampu untuk membeli segala keperluan hidupnya, khususnya, Rumah Tempat Tinggal, dengan membayarnya secara tunai.

Tetapi apakah hukumnya jual beli secara beransuran. Berikut perkara-perkara yang semestinya kita ambil perhatian demi menjamin, dengan Izin Allah dan RahmatNya, kita dapat dengan mudah menjawab pada Hari Kiamat kelak, 1 daripada 5 soalan terutama, iaitu HARTA, daripada mana kita mendapatkannya dan kepada apa kita pergunakannya dan salurkannya.

Friday, 22 May 2020

Hadis berikut ini, seharusnya cukup menjadikan kita takut untuk tidak memberi kepada seseorang saudara Islam kita atau insan lainnya, yang meminta. Apatah lagi yang memerlukan tetapi tidak meminta.

Ajaran Islam pada dasarnya, mengajar kita menjadi orang yg memberi, yakni pemurah dan ihsan. Sehinggakan keadaan kita "punya kelebihan" atau "berkecukupan", atau "kesempitan" sekalipun, kita dituntut untuk memberi demi membantu yang lain yang lebih memerlukan.
Oleh itu usahlah kita mempersoal berlebihan sekiranya ada pihak meminta bantuan, apatah lagi yang sampai menagih belas ihsan.

Masa Sahur - Masa Untuk Istighfar!


وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Pada waktu sahur, mereka memohon keampunan/beristighfar (Surah Adz-Dzariyat:18)

Gunalah waktu bersahur untuk memohon keampunan Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا مَضَى شَطْرُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثَاهُ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ
Apabila telah berlalu separuh atau dua pertiga malam. Allah Turun ke langit dunia. Lalu Dia berkata:

هَلْ مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى
Adakah sesiapa yang meminta agar dapat diberikan?

هَلْ مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ لَهُ
Adakah sesiapa yang berdoa agar dapat dikabulkan?

هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ يُغْفَرُ لَهُ
Adakah sesiapa yang memohon keampunan agar dapat diampuni?

حَتَّى يَنْفَجِرَ الصُّبْحُ
sehinggalah masuk waktu Subuh.

(Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 758)

Saturday, 25 April 2020

Hak Ibu Bapa

Hak Ibu Bapa kita, baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, asalkan yang telah meninggal dunia dalam kalangan orang-orang Islam.
Bagi Ibu bapa kita yang telah meninggal dunia, inilah hubungan kita yang berterusan dengan mereka, meski telah berbeza Alam; dunia dan Barzakh, dan bakti kita yang berterusan demi membalas jasa mereka yang tidak terbalas. Bukannya dengan menabur bunga di pusara mereka dan bukan pula dengan mencipta sajak puisi, elegi apatah lagi lagu buat mengenang mereka atau mempamer dan menatap selalu gambar-gambar mereka. Bukan pula dengan menziarahi pusara mereka pada pagi Raya EidulFitri, memakan berbagai juadah di sisi kubur mereka. Tidak pula dengan mengupah orang lain untuk buat ibadah untuk mereka.

Friday, 17 April 2020

Jangan Merasa Aman⁣ (sehingga kurang rasa takut kepada Allah dan hukuman Nya)


Sebahagian orang merasa sudah banyak beramal, sudah banyak berbuat baik, merasa sudah bertaqwa, merasa dirinya suci, sehingga ia pun merasa Allah tidak mungkin mengadzabnya. Hilang darinya rasa takut kepada Allah. Allah berfirman tentang manusia yang demikian (yang ertinya) : “Apakah kalian merasa aman dari makar Allah? Tidaklah ada orang yang merasa aman dari makar Allah kecuali orang-orang yang merugi” (QS. Al A’raf: 99).⁣

Monday, 23 March 2020

Doa-doa dan Zikir-zikir Sesuai Sunnah


Saat ini, walhamdulillaah, ramai yang mengingatkan agar mengamalkan doa2 sekian, zikir2 sekian sebagai antara usaha untuk dilindungi Allah dpd wabak.

Asalkan doa2 dan zikir2 tersebut sebenarnya warid dpd ajaran Sunnah Rasulullah ﷺ kerana kita semua yakin ajaran baginda yg terbaik selaku hamba yg paling dekat kpd Allah dan dicintaiNya, dan baginda adalah Nabi yang amat menyayangi umat dan telah ajarkan yg terbaik kpd mereka. Lagipun yg Nabi ajarkan begitu banyak tidak atau belum diamalkan, mengapa ajaran selain baginda pula yg diutamakan?

Usaha doa menagih Kasih Sayang Allah yang Maha Kuasa Maha Menentukan segala sesuatu, selain usaha pencegahan serta bertawakkal setelah usaha2 tersebut.