Kisah berpengajaran yang amat menyedarkan bagi setiap yang masih mencari ilmu apatah lagi yang baru memulainya.
Asalnya, beliau hanyalah seorang penggembala kambing sehingga berumur 40 tahun. Pada suatu hari, beliau menyaksikan seorang ibu sedang memberi dorongan kepada anaknya agar mengikuti pengajian menghafaz al-Quran sedangkan anaknya itu tidak mahu. Maka ibu itu berkata kepada anaknya: Wahai anakku, pergilah ke majlis ilmu dan belajar sehingga kau besar kelak, kau tidak jadi seperti penggembala kambing ini!!
Mendengarkan itu, al-Kisā-ī pun berkata: Diri aku ini, dijadikan contoh orang jahil?!
Lantas beliau pergi menjual semua kambing gembalaannya dan memulai pencarian ilmu dan meraihnya.
Hasilnya;
Beliau menjadi 'Alim Terunggul dalam Ilmu Bahasa Arab (al-Imam asy-Syafi'ie rahimahullāh turut memuji dan mengiktirafnya sebagai Imam yakni Mahaguru Unggul dalam bidang Bahasa Arab - penterjemah).
Malah menjadi ahli Qira-āt terunggul dan mahaguru rujukan dalam bidang al-Quran dan Qiraat.
Akhirnya, beliau dijadikan contoh teladan dalam usaha pencarian ilmu dan semangat yang tinggi dalam berusaha.
Kesimpulannya, Umur tidak dijadikan Ukuran (atau alasan "CPU kepala dah slow" - penterjemah)
Betapa ramai golongan Sahabat Nabi ﷺ yang memeluk Islam pada usia tua, namun akhirnya mereka menjadi lampu-lampu yang menerangi dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.