Monday, 12 April 2021

Sekadar perkongsian

Ada yang bertanya kepada Ustaz saya yang sudah "pencen".

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Ana nak tanya, kalau ana puasa 8 Muharram (puasa Khamis seperti biasa), puasa 9 Muharram (hari Jumaah) & puasa 10 Muharram (hari Sabtu), ada apa2 masalah Syarii?

Jawab Ustaz (al-maklum sudah pencen, jawapan pun ala kadar):

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته 

Puasa Khamis digalakkan dan antara puasa terbaik ialah Puasa dalam bulan Muharram dan 8 Muharram baik.

Puasa Jumaat ada larangan jika tersendiri. Tapi jika puasa bergandingan dengan Khamis maka tidak terlarang, apatah lagi puasa 9hb Muharram, puasa Taasuu'aa.

Puasa Sabtu ada khilaf. 

Ada yang hukumkan terlarang secara mutlaq kecuali Puasa Fardhu dan Wajib.

Ramai juga ulama terdahulu hingga hari ini mengizinkan.

Yang hukum haram, pandang hadis larangan puasa Sabtu larangan tegas keras. Selaraskan dengan hadis2 lain (Puasa Nabi Dawud, Puasa Arafah, Puasa Aasyuuraa'...hadis2 lain umum, hadis larangan ini khusus. Umum dengan khusus bila bercanggahan yang khusus diutamakan. Cuba lihat penjelasan Sy. Saleem alHilaly dlm Bahjat an-Naazhirin Syarah Riyadhus Solihin.

Yg pandang boleh, semua puasa lain sunat...biarpun terkena hari Sabtu.

WalLaahu a'lam.

Ikut penjelasan Syeikh Mashhoor Aalu Salman, anta beribadat kepada Allah dengan sengaja tak puasa sebab puasa haram sepertimana anta sengaja makan minum pada Hari Raya dan hari2 Tasyriq sebab puasa haram. Walaupun jadinya anta tak dapat puasa 'Aasyuuraa'. Allah Maha Mengetahui.

Buktinya kesungguhan anta puasa 8 dan 9....dan jika 10hb bukan hari Sabtu, tentu anta dah puasa.

WalLaahu a'lam

Jika ada yang menyangkal, anta tanya balik je...Hari Raya boleh puasa? Haram puasa...klu kita tetap nak puasa jugak hari Raya, kita berdosa dan melanggar larangan Nabi ﷺ. Maka sama juga dengan puasa Hari Sabtu, di sisi 'ulama yang menghukumkannya haram semata-mata kerana Nabi ﷺ larang dalam hadis Larangan Puasa Sabtu kecuali yang Fardhu.

WalLaahu a'lam

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.