Saturday, 16 October 2021

Yang Penting Hatinya?

Pertanyaan :

Bagaimana jawaban terhadap orang yang jika diberi nasehat ia lalu ia menunjuk ke arah hatinya sambil berkata: “yang paling penting adalah ini(hati)”?

Jawaban :

Wednesday, 8 September 2021

Menjauhi Ahli Bid'ah (terutamanya dalam hal Aqidah) & Berwaspada daripada mereka

Suatu perkongsian untuk menyedarkan diri kita para penuntut ilmu dan terutamanya para pendakwah ke arah penghayatan Sunnah, agar kita sentiasa jadikan panduan 'ulama besar khususnya Salafussolih sebagai pedoman dan panduan. Waspada kita daripada terjerumus ke dalam sikap keAKUan keKITAan, lupa diri dan kedudukan kita sebenarnya di mana berbanding 'ulama dengan rasa "aku mampu, aku sudah biasa, aku tahu apa aku buat, aku berpengalaman, aku ahlinya, aku cukup ilmu, akulah orangnya...aku...aku."
Semoga Allah pelihara kita semua dan Guru2 kita yang masih hidup daripada sikap berbahaya ini.

Masih memajang foto di dinding?

Cuma Malaikat Maut pasti masuk tidak kira di mana dan yang tidak masuk ialah Malaikat Rahmah.



Friday, 6 August 2021

Bersabar Di Atas Sunnah

Syaikh Shalih al-Fauzan hafidzhahullah berkata:

"Berpegang teguh pada Sunnah bukanlah perkara yang mudah, karena di dalamnya penuh dengan berbagai cobaan dan ujian,

Akan selalu ada manusia-manusia yang akan mencelamu, mengganggumu, merendahkanmu, dengan berkata:

Ini orang yang radikal ekstrim, dan sebagainya, atau bahkan kadang kala tidak cukup hanya ucapan saja, merekapun bisa membunuhmu, atau memukulmu, atau memenjarakanmu,

Akan tetapi tetaplah bersabar!! karena jika kamu ingin menggapai keselamatan dan meneguk air dari telaga, maka bersabarlah dalam menggenggam Sunnah Rasulullah ﷺ sampai engkau berhasil bertemu beliau ﷺ di telaganya kelak."

[Syarah ad-Durrah al-Madhiyyah fi Aqdi Ahlil Firqatil Mardhiyyah hal. 190]

Jadilah penyambung kebaikan dengan turut membagikan, Insyaa Allah akan menjadi ladang amal jariyah untuk diri anda dan orang lain.⁣

Wednesday, 21 July 2021

Peringatan daripada ash-Shaikh al-'Ushoimi agar berwaspada daripada memaparkan foto atau video seseorang yang sedang menikmati makanan melalui medsos.



Tuesday, 20 July 2021

Bacaan Terbaik Hari Arafah

 Pagi ini, 9hb Dzulhijjah, Pagi Hari Wuqufnya Jemaah Haji di Arafah (Waktu Wuquf bermula dengan masuknya waktu Zohor di bumi Arafah) dan digelarkan Hari Arafah.

Dinukilkan.
BACAAN
TERBAIK
HARI ARAFAH
.
Apa ada bacaan
terbaik
saat hari Arafah? ADA.
.
Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
.
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
.
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYA-IN QODIIR (Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu).”
.
(HR. Tirmidzi no. 3585; Ahmad, 2:210. Syaikh Al-Albani menyatakan hadits ini shahih dilihat dari syawahid atau penguat-penguatnya, lihat Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 1503, 4:8.)

Sunday, 11 July 2021

Takbir Mutlaq & Takbir Muqayyad

MUTLAQ ertinya tiada keterikatan atau kaitan dengan Solat Fardhu (seperti Solat Sunat Mutlaq) dan MUQAYYAD (ada "qayd" - bahasa Malaysia nya "kait" kot), berkaitan dengan Solat Fardhu (macam Sunat Rawātib).

Perbezaan antara at-Takbeer al-Mutlaq dan al-Takbeer al-Muqayyad menurut penjelasan asy-Syaikh al-'Utsaimeen rahimahullāh.
at-Takbeer al-Mutlaq - pada bila-bila masa, mulai masuknya bulan Dzulhijjah sehingga akhir siang hari 13 Dzulhijhah (Hari Tasyriq terakhir)
at-Takbeer al-Muqayyad - hanya pada setiap seusai Solat Fardhu mulai Solat Fajr 9hb Dzulhijjah, Hari Arafah dan berakhir pada seusai Solat Asar 13 Dzulhijhah (Hari Tasyriq terakhir)
Di antara lafaz-lafaz Takbir ialah:
Allāhu akbar (3x)
Lā ilāha illallāh, Allāhu akbar
Allāhu akbar wa lillaahil hamd.
Wallaahua’lam.



Thursday, 17 June 2021

Nasihat Nabi ﷺ untuk setiap Tuan Rumah yang menerima Tetamu

Sabda baginda ﷺ:

Usahlah seseorang itu memberatkan dirinya di luar batas kemampuannya untuk tetamunya.
[Silsilah Sahihah: 2440]
Maka orang yang bertamu, berkunjung ke rumahnya diberikan makan, minum, tempat berehat dan ibadat, salinan pakaian, keperluan membersih diri dan apa yang menjadikannya selesa sehingga merasakan dirinya tetamu yang dialu-alukan, menurut kadar kemampuan Tuan Rumah.
Tidak pada kadar yang Tuan Rumah terpaksa berhutang misalnya dan meski tetap dikira suatu kemuliaan pada diri Tuan Rumah apabila ia melakukan sedikit pengorbanan yang masih dalam kemampuannya.
Dengan ini, tetamu tidak merasakan dirinya membebankan atau menyusahkan dan dalam masa yang sama menghargai ihsan Tuan Rumah memuliakannya.
Memuliakan tetamu satu kewajipan dan satu tanda keimanan yang benar kepada Allah dan Hari Akhirat.

Wallaahua'lam.

Wednesday, 26 May 2021

 ﷽

Syaikhul Islām Ibnu Taimiyah rahimahullāh telah menjelaskan:
<FirmanNya:
﴿لكم دينكم ولي دين﴾
"Bagi mu agama mu dan bagi ku agama ku"
Tidak mengandungi maksud bahawa baginda Rasul ﷺ redha dengan agama mereka (musyrikeen/kuffār) dan tidak pula pengiktirafan atau setuju dengan pegangan mereka, malah ia menjadi dalil kepada berlepas diri dan tiada kaitannya baginda ﷺ dengan agama mereka dan lantaran itu Nabi ﷺ telah bersabda: "Sesungguhnya Surah ini (al-Kāfirūn) ialah pembebasan (berlepas diri) daripada syirik" dan yang semakna dengan ayat ini ialah Firman Allah:
﴿وإن كذبوك فقل لي عملي ولكم عملكم أنتم بريئون مما أعمل وأنا بريء مما تعملون﴾.».
"Dan jika mereka mendustakan mu (tidak beriman) maka katakanlah (kepada mereka) bagi ku amalan (agama) ku dan bagi mu amalan (agama) mu, kamu tiada kena mengena dengan apa yang aku amalkan dan aku juga berlepas diri daripada apa yang kamu kerjakan">
al-Jawāb aş-Şahīh: 2/99
قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله:
«وقوله : ﴿لكم دينكم ولي دين﴾ لا يدل على رضاه بدينهم، بل ولا على إقرارهم عليه، بل يدل على براءته من دينهم، ولهذا قال النبي ﷺ: "إن هذه السورة براءة من الشرك".
ونظير هذه الآية قوله تعالى: ﴿وإن كذبوك فقل لي عملي ولكم عملكم أنتم بريئون مما أعمل وأنا بريء مما تعملون﴾.».
الجواب الصحيح ٩٩/٢.

Monday, 12 April 2021

Sekadar perkongsian

Ada yang bertanya kepada Ustaz saya yang sudah "pencen".

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Ana nak tanya, kalau ana puasa 8 Muharram (puasa Khamis seperti biasa), puasa 9 Muharram (hari Jumaah) & puasa 10 Muharram (hari Sabtu), ada apa2 masalah Syarii?