Monday, 12 April 2021

Sekadar perkongsian

Ada yang bertanya kepada Ustaz saya yang sudah "pencen".

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Ana nak tanya, kalau ana puasa 8 Muharram (puasa Khamis seperti biasa), puasa 9 Muharram (hari Jumaah) & puasa 10 Muharram (hari Sabtu), ada apa2 masalah Syarii?

Tuesday, 23 March 2021

Fikirkan-fikirkanlah

Teringat baca buku-buku Hikayat Antah Berantah sewaktu di bangku sekolah dulu.

Ada sebuah negeri, Antah Berantah, Raja yang membiarkan seorang Menterinya menitahkan agar hulubalang-hulubalang yang gagah, patut berasa lega dengan perjanjian damai yang dimeterai dengan kumpulan pemberontak kecil, orang-orang ganjil, mungkin manusia X atau manusia XY (Mutant? Entahlah...negeri Antah Berantah), bukan OKU atau lainnya, yang melazimi upacara canggah tabi'i manusia.

Sunday, 21 March 2021

Salahguna Kaedah-kaedah Fiqh

Teringat pula masa belajar dulu, penyampaian Ustaz mengenai salahguna Kaedah-kaedah Fiqh (Qawa'id Fiqhiyah), contoh-contoh yang Ustaz berikan.

1. Kaedah Fiqh ini, umpama ubat yang diketahui dan ditentukan ahli perubatan seperti para doktor agar ia bermanfaat tidak mudarat. Sepertimana ubat, apabila bukan ahlinya yang pandai-pandai menentukan cara pemakanannya, ubat itu boleh jadi mudarat, malah membunuh menyebabkan kebinasaan. Maka begitu juga Kaedah Fiqh, jika bukan ahlinya yang pandai-pandai menerapkannya pada persoalan atau masalah agama. 

Wednesday, 10 March 2021

Bersalaman dengan berjabat tangan

Nasihat buat semua, semoga adat ini berakhir dengan terangkatnya wabak.

Jika tidak dibenarkan "bersalaman dengan berjabat tangan", maka usah juga lakukan "fist bump" (laga penumbuk/buku lima) sebagai ganti sebab ia ditegah dalam agama untuk menggantikan Adat dan Cara ajaran Islam malah terlarang juga menurut SOP.

Dinukilkan buat manfaat bersama.

SALAMAN ITU BERJABAT TANGAN, BUKAN ADU KEPALAN

Tuesday, 23 February 2021

Persoalan Talfieq dan Bezanya dengan Taqlied dan Ittiba‘

Ketetapan Konvensyen ‘Ulama Fiqh

Berikut ini adalah terjemahan Ketetapan Majma‘ al-Fiqh al-Islami  berkenaan tajuk: “Pengambilan keringanan dan hukumnya” 

Segala pujian bagi Allah Pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad nabi utusan terakhir dan ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda. 

Tuesday, 16 February 2021

Keteguhan di atas Iman


 

Doa untuk mereka yang menziarahi kita

Orang yang pernah menziarahi kita, masuk ke rumah tempat tinggal kita, daripada kalangan yang beriman, selayaknya mendapatkan doa kita ini. Doa Nabi Nūh 'alayhissalām yang Allah ajarkan kepada kita dalam al-Quran. 

Kesimpulan Imam Ibn Kathīr setelah membawakan tafsiran sebahagian ulama', ia doa yang baik untuk diamalkan.







Monday, 25 January 2021

Kisah berpengajaran yang amat menyedarkan

Kisah berpengajaran yang amat menyedarkan bagi setiap yang masih mencari ilmu apatah lagi yang baru memulainya.

Kisah hidup al-Imam al-Kisā-ī rahimahullāh (119-189H).

Wednesday, 13 January 2021

Ucapan yang Paling Dibenci Allah

"Kubur aku, aku jawab, kubur kau, kau jawab, jangan suka jaga tepi kain orang" bila ditegur atau diberi nasihat, apakah semakna dengan nukilan ini? Fikir-fikirkan dan waspada kita daripada ucapan yang mengundang Kemurkaan Allah.

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,⁣

إن أبغض الكلام إلى الله أن يقول الرجل للرجل: اتق الله، فيقول: عليك بنفسك⁣

”Kalimat yang paling Allah benci, seseorang menasehati temannya, ’Bertaqwalah kepada Allah’, namun dia menjawab: ’Urus saja dirimu sendiri.”⁣

⁣(HR. Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 1/359, an-Nasai dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, 849, dan dishahihkan al-Albani dalam as-Shahihah, no. 2598).⁣

⁣

Dibenci karena sikap ini termasuk bentuk kesombongan dan menyakiti perasaan orang yang mengajak dirinya untuk berbuat baik.⁣

⁣

Tuesday, 12 January 2021

Inilah Akibat Baik Dari Sabar dan Ridho Ketika Diuji

Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman :

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَهۡدِ قَلۡبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah dan barang siapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Qs. At-Taghabun: 11)

Ibnu Katsir rahimahullah menafsirkan ayat diatas :

ﻭﻣﻦ ﺃﺻﺎﺑﺘﻪ ﻣﺼﻴﺒﺔ ﻓﻌﻠﻢ ﺃﻧﻬﺎ ﺑﻘﻀﺎء اﻟﻠﻪ ﻭﻗﺪﺭﻩ، ﻓﺼﺒﺮ ﻭاﺣﺘﺴﺐ ﻭاﺳﺘﺴﻠﻢ ﻟﻘﻀﺎء اﻟﻠﻪ، ﻫﺪﻯ اﻟﻠﻪ ﻗﻠﺒﻪ، ﻭﻋﻮﺿﻪ ﻋﻤﺎ ﻓﺎﺗﻪ ﻣﻦ اﻟﺪﻧﻴﺎ ﻫﺪﻯ ﻓﻲ ﻗﻠﺒﻪ، ﻭﻳﻘﻴﻨﺎ ﺻﺎﺩﻗﺎ، ﻭﻗﺪ ﻳﺨﻠﻒ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﺎ ﻛﺎﻥ ﺃﺧﺬ ﻣﻨﻪ، ﺃﻭ ﺧﻴﺮا ﻣﻨﻪ

“Siapa yang tertimpa musibah, kemudian ia meyakini bahwa itu berasal dari ketentuan dan takdir Allah; lantas ia bersabar, berihtisab (mengharap pahala dari Allah), dan menyerahkan semuanya kepada takdir Allah, niscaya Allah akan memberi kalbunya hidayah.

Demikian pula Allah akan mengganti apa yang hilang dari perkara dunianya dengan memberi kalbunya petunjuk dan keyakinan yang jujur. Bahkan, terkadang atau seringkali Allah menganugerahi ganti yang serupa atau lebih baik.”

Tafsir Al-Qur’an al-‘Azhim 8/137